fbpx

Remaja didakwa rogol, simpan video lucah kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol serta menyimpan klip video lucah kekasihnya, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan di dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut tiga pertuduhan di hadapan Dharmafikri, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara September 2022 hingga Mei 2023, di Taman Limbongan Permai dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi pertuduhan di hadapan Sharda pula, tertuduh didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi video lucah kira-kira pukul 10 malam, di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 5 Mei lalu.

Difahamkan, video berkenaan merupakan rakaman aksi lucah antara tertuduh dengan mangsa sama yang merupakan kekasihnya.

Terdahulu, pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dan RM8,000.

Tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia baharu sahaja tamat persekolahan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, kedua-dua mahkamah bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 dan menetapkan tarikh 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI