fbpx

Peserta Iron Kids negara gagal pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH menamatkan tiga disiplin di tempat kedua pada perlumbaan Iron Kids sempena Ironman 70.3 Desaru Coast di Desaru Coast, Kota Tinggi hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KOTA TINGGI – Peserta cilik Iron Kids mewakili negara gagal mempertahankan kejuaraannya apabila menjadi peserta kedua menamatkan saingan kategori perempuan di Desaru Coast, di sini hari ini.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar 2, Zahra Md. Zainizam, 11, mengakui pencapaian tersebut adalah yang terbaik baginya walaupun menamatkan perlumbaan tempat kedua di belakang pelumba dari Singapura.

Hannah Zahra ketika ditemui berkata, walaupun agak sedih kerana dia hanya berlatih selama dua minggu sahaja selepas bulan Ramadan.

Walaubagaimana pun semangatnya untuk terus membakar untuk melakar kejayaan pada edisi Iron Kids yang akan datang.

“Selepas balik sekolah, saya berlatih larian pada waktu petang dan berbasikal pada malamnya di bawah bimbingan jurulatih, manakala ayah akan melatih saya berenang pada masa terluang.

“Saya rasa sangat bangga tapi sedih juga kerana menamatkan saingan Iron Kids pada tempat kedua. Saya rasa teruja untuk terus dapat nombor satu lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Anak sulung daripada dua beradik itu akan memberi tumpuan terhadap latihan berbasikal dan berenang kerana ia sangat mencabar dalam cuaca panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI