fbpx

Mahkamah: Dua rakan didakwa guna bom buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga paip PVC yang ditemui di hadapan sebuah kedai di Jalan Klang Lama, minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan berniat jahat menggunakan bahan letupan buatan sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah kedai haiwan eksotik, minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Alex Lau Kwang Lee, 32, dan Lai Meng Sien, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nur Farahain Roslan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan menyalahi undang-undang dan berniat jahat menggunakan bahan letupan sendiri yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau kerosakan milik, pemilik kedai haiwan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai di Brickfields, di sini, pukul 5 pagi pada 2 Mei lalu.

Berikutan pertuduhan, dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd. Izhar Ahmad Azmi.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 22 Jun ini ditetapkan sebutan semula kes.

Pada 3 Mei lalu, Kosmo! Online melaporkan polis menjumpai tiga paip plastik polivinil klorida (PVC) yang diubah suai menjadi meriam buatan sendiri di hadapan sebuah kedai di Jalan Klang Lama, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dua suspek terlibat dikesan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Menurut polis, pengadu merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun menerima panggilan daripada pengawal keselamatan memaklumkan berlaku letupan kecil di hadapan kedainya pada pukul 6 pagi.

Hasil Pemeriksaan dilakukan unit pemusnah bom (UPB) polis, forensik dan bomba menjumpai tiga paip PVC warna putih yang diubah suai menjadi bahan letupan.

Pemeriksaan lanjut pada paip PVC kemudian menjumpai alat Improvised Explosive Device (IED) dengan kawalan jauh. – KOSMO! ONLINE – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI