fbpx

Lelaki warga emas maut, ATV langgar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan ATV yang ditunggang oleh mangsa selepas berlanggar dengan sebuah kereta di KM42 Jalan Mukah-Balingian, di sini, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

MUKAH – Lelaki warga emas maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang dikendalikan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa yang berusia 79 tahun disahkan maut di tempat kejadian yang berlaku di Kilometer 42, Jalan Mukah-Balingian, di sini pada pukul 7 pagi tadi.

“Mangsa meninggal dunia akibat parah di leher, kaki dan rusuk kanan manakala penumpang hadapan kereta patah pergelangan tangan kiri.

“Namun pemandu dan penumpang belakang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah sama iaitu Balingian menghala ke Mukah.

“Nahas berlaku apabila kereta yang bergerak menuju ke Mukah memotong ATV, namun ATV itu membelok ke kanan secara tiba-tiba menyebabkan berlaku perlanggaran,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI