fbpx

Kes buli: Dipukul kerana tidak hormat ‘senior’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pelajar tingkatan tiga dipukul beramai-ramai sambil ditonton lebih 10 orang di Kemensah Trak Motocross Taman Melawati, Ampang Jaya, Isnin lalu.

AMPANG JAYA – Seramai lima pelajar diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan tiga tular dipukul beramai-ramai di Kemensah Height Embun, Kemensah Trak Motocross Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham di antara mangsa yang didakwa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior di tingkatan lima.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, awalnya mangsa yang berusia 15 tahun itu telah dipukul di tangga sekolahnya, sekitar pukul 9.30 pagi.

Katanya, mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, cekik dan tendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan lima dikenalinya.

“Mangsa turut diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera. Selepas itu, terdapat lima suspek mengajak mangsa ke Bukit Mar Mar Kemensah, lalu dipukul.

“Salah seorang suspek turut menumbuk di bahagian muka pengadu sebanyak empat kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Menurut Mohamad Farouk, kejadian disaksikan lebih kurang 10 hingga 15 orang pelajar.

Tambah beliau, mangsa mengalami kecederaan pada dahi kepala, luka di bahagian tepi kening kiri, rahang di bahagian muka kiri serta belakang tengkuk mengalami kesakitan dan bengkak.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu video tular yang memaparkan seorang pelajar teruk dipukul sekumpulan pelajar lain sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi empat video yang dikongsikan oleh pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar dari sebuah sekolah menengah sekitar Selangor.

Rakaman video tersebut turut memaparkan beberapa orang pelajar yang lain yang turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI