fbpx

Bunyi letupan selamatkan lima sekeluarga daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, di sini, musnah terbakar 50 peratus, malam tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Bunyi letupan dari sebuah bengkel di belakang rumah berjaya menyelamatkan nyawa sebuah keluarga dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangkahulu, Gemas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada pukul 11.40 malam.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima penghuni berusia sembilan hingga 43 tahun berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari kediaman mereka terbakar. Mereka terdengar bunyi letupan itu ketika hendak tidur.

“Dalam kejadian ini, sepasukan bomba dari BBP Gemencheh turut dikejarkan ke lokasi bagi membantu kebakaran. Kita berjaya kawal kebakaran babitkan rumah jenis kekal yang terbakar sebanyak 50 peratus.

“Punca dan jumlah kerugian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI