fbpx

Wanita kemaruk cinta palsu rugi RM84,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Gara-gara terjerat cinta lelaki yang mendakwa menetap di United Kingdom (UK), seorang wanita mengalami kerugian RM84,600.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 57 tahun itu berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Adam menerusi Facebook sejak 25 Februari lalu.

Beliau berkata, selepas beberapa minggu berkomunikasi dengan lelaki berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, suspek menyatakan hasrat mahu pulang ke tanahair untuk mengahwini wanita itu.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita mengaku sebagai pegawai Kastam memaklumkan Ahmad Adam ditahan kerana membawa wang (mata wang pound sterling) yang banyak.

“Mangsa diarahkan untuk membuat beberapa pembayaran bagi melepaskan lelaki itu. Mangsa melakukan lapan transaksi pembayaran ke akaun Bank Islam berjumlah keseluruhan RM84,600,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila kehabisan wang simpanan dan menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI