fbpx

[VIDEO] Ramai teruja pemuda ‘comel’ pandai zapin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman pemuda menari tarian zapin.

PETALING JAYA – Seorang pemuda berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan bakatnya menari zapin.

Lebih mengagumkan, lelaki berkenaan yang menggunakan nama Positivity Vibes di TikTok itu dilihat mampu menggabungkan lenggok tari yang hampir sempurna dengan saiz badannya yang ‘comel’.

“Hanya mengisi masa luang,” tulisnya pada kapsyen.

Orang ramai rata-rata menzahirkan rasa kagum dan menyifatkan tarian berkenaan bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Alahai lembutnya kau bang menari-nari. Aku yang perempuan ni pun joget macam kayu,” kata Ayong addimasqiy.

“Comel, suka tengok orang menari nampak senang je. Dapat kat aku jadi pokok lah,” komen MisterrAdam7 pula.

Dalam masa sama, ada juga yang meminta supaya dia berkongsi lebih banyak video tariannya.

“We need more (Kami perlu lebih banyak lagi!). Lagu ‘Lemak Manis’ pula,” ujar Rio Abdullah229.

Menerusi komen balas pengikutnya di ruangan komen, pemuda berkenaan dipercayai merupakan bekas penari negeri. – KOSMO! ONLINE

@notintrovetboy Hanya mengisi masa luang 😂 #masukberanda #tiktokmalaysia #fypシ #bts #happiness ♬ Tari Tualang Tiga – Aishah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI