fbpx

Video pelajar dibelasah undang amarah orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pelajar yang dipukul secara beramai-ramai dan kes dipercayai melibatkan pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Satu video tular yang memaparkan seorang pelajar teruk dipukul sekumpulan pelajar lain telah mencetuskan kemarahan pelayar media.

Menerusi empat video yang dikongsikan oleh pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.

“Kau tak ‘respect’!,” kata salah seorang pelajar sambil memukul mangsa bertalu-talu pada bahagian kepala dan juga badan.

Sehubungan itu, beberapa orang pelajar yang lain dilihat turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.

Setakat pukul 10 malam ini, video yang dimuat naik sejak empat jam yang lalu, telah dibanjiri dengan komen-komen orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pelajar-pelajar yang acah ‘gangster’.

“Yang lain tengok je tak leraikan? Kena dekat keluarga aku mendapatlah semua orang,” kata @cla_nashiela.

“Semoga dapat keadilan, tak sanggup tengok habis video,”ujar @farhana_nik.

“Yang rakam sekali jangan biar terlepas,” tulis @Aisyakim. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI