fbpx

[VIDEO] Jurugambar buat kerja, ‘abang polis’ jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis menjadi perhatian ramai apabila disifatkan memiliki raut wajah kacak.

PETALING JAYA – Hasil kerja seorang jurugambar menjadi tumpuan ramai setelah ‘melibatkan’ seorang anggota polis yang memiliki raut wajah kacak.

Mohammad Masfud menerusi perkongsian video di TikTok, dilihat terlebih dahulu meminta izin anggota terbabit yang ketika itu sedang bertugas.

“Mula-mula risau jugak abang polis tak bagi. Bila kata boleh, exited (teruja) rasa,” tulisnya pada kapsyen.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati video tersebut berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi berbanding videonya yang lain sekali gus menjadikan ia tular dalam kalangan pengguna.

“Mesti banyak yang berminat dengan abang polis ni kan?,” soal @Candira.

“Orangnya dah sedia segak ditambah dengan jurugambar yang cekap, kemas jadi gambarnya,” puji NietaOmar.

Namun ada dalam kalangan pengguna berseloroh mengatakan yang kacak itu biasanya sudah dimiliki orang malah ada juga yang meminta jejaka beruniform itu memunculkan diri.

“Kacaknya abang polis ni, mesti jodoh orang,” komen MiszZura.

“Abang polis sila hadirkan diri dengan kuasa TikTok,” usik Attun_Hayattun.

Video tersebut berjaya meraih 2.9 juta tontonan dengan hampir 7,000 komen sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

@mohammadmasfud Mula mula risau jugak abam polis tak bagi..😁 bila kata boleh exited rasa.. 😊 #streetphotography #streetportraits #streetshoot #streetphotographer #portraitphotography #hobbyphotographer #photographer #fotografertiktok #abampolisviral #polisviral #pdrm #perwira #polis #polisi #uniform #canon #canonmalaysia #canon77d #ef50f14 #foryou #foryoupage #polismalaysia ♬ Siren sesi (Polis Ambulans Mix) – Efe Demir Mix

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI