fbpx

Peluang pemain golf remaja beraksi di RSGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain golf remaja berpeluang beraksi di RSGC pada Kejohanan Golf Jemputan Remaja 2023 pada 7 hingga 9 Jun depan.

 

PETALING JAYA – Kejohanan Golf Jemputan Remaja 2023 anjuran ‘The Royal Selangor Golf Club’ (RSGC) bakal mempamerkan pemain golf amatur muda terbaik yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Jun depan.

Kejohanan edisi ke-8 itu melibatkan kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) dan merupakan acara jemputan bagi memberi peluang kepada pemain golf remaja.

Difahamkan, jemputan tersebut adalah untuk pemain elit SportExcel, juara negeri dan kelab, termasuk pemain terbaik serantau.

Selain itu, RSGC turut mensasarkan pemain amatur (lelaki dan perempuan berusia 18 tahun ke bawah), dengan handicap USGA 10.6 untuk kategori remaja lelaki dan handicap USGA 13.4 untuk kategori remaja perempuan.

Pengerusi Penganjur Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel 2023, Ezani Abu Bakar berkata, dengan penganjuran acara tersebut, pihaknya komited dalam menyokong pembangunan golf remaja.

“Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan di seluruh rantau ini untuk satu lagi edisi Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-SportExcel 2023.

“Ini adalah tahun ke-8 kejohanan tahunan ini dianjurkan dan ia merupakan acara yang istimewa bagi kami.

“Ia juga akan menjadi kerjasama pertama RSGC dengan SportExcel iaitu sebuah badan rasmi yang menyokong dan mempromosikan sukan golf remaja di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pemain golf remaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari http://jao.thersgc.com/ dan penyertaan ditutup pada 17 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI