fbpx

Buku lali cedera, jadual Wooyoung ‘dibekukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOOYOUNG

SELEPAS mengalami kecederaan pada buku lali, penyanyi Woo­young dinasihatkan untuk berehat sehingga benar-benar pulih.

Hal ini kerana walaupun sedang menahan kesakitan, penyanyi kumpulan Ateez itu tetap menjayakan persembahan pentas.

Dia juga membuat persembahan sambil duduk di kerusi kerana enggan mungkir janji dan mengecewakan hasrat peminat peminat.

“Selepas perbincangan panjang bersama Wooyoung dan semua ahli ATEEZ yang lain, keputusan telah dibuat bagi menggantung jadual penyanyi lelaki itu untuk satu tempoh masa supaya dia boleh menjalani rawatan sewajarnya.

“Jadi, Wooyoung tidak akan dapat menyertai jadual berikut dalam The Day Day Live 2023 dan Kcon 2023 Japan,” kata wakil KQ Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI