fbpx

[VIDEO] Budak 6 tahun pandu kereta sebelum terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terbabas dipercayai dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Jalan Bukit Tangga, Langkawi pada malam semalam.

LANGKAWI – Penduduk di sini terkejut apabila mendapati sebuah kereta yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang, di sini dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam semalam itu, kanak- kanak terbabit yang memandu kereta jenis Toyota Vios mengalami luka kecil pada dagu, manakala adik lelaki berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa video kejadian tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak malam semalam dan menerusi video itu, kereta terbabit didapati dipandu secara berbahaya sehingga pengguna jalan raya lain menyangkakan pemandu mabuk, namun terkejut apabila mendapati ia dipandu kanak-kanak.

Dalam video lain, kanak-kanak sama turut memberitahu bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

“Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu kanak-kanak berusia enam tahun bersama seorang penumpang yang juga adiknya, berusia tiga tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Kereta itu yang datang dari arah Ulu Melaka hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, berdekatan Titicawang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.

“Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

@kaizoku0707 Mengalahkan Myvi..Budak 6 tahun rembat vios p kedai..sakan la 2 beradik ni 😂 alhamdulillah mereka selamat 🤲🏻 Tlg Simpan kunci kereta Baik3 ya #viral #langkawi ♬ original sound – Kaizoku0707 Shop

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI