fbpx

Tempoh paling penting buat Inter – Inzaghi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER berdepan masalah dari segi kecergasan memandangkan masih ada beberapa pemain utama belum pulih daripada kecederaan menjelang aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Siro awal pagi esok.

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi percaya, pasukannya dan AC Milan berada dalam tempoh pa­ling penting menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada separuh akhir Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi esok.

Beliau berkata, pemain-pemainnya wajar diberikan pujian kerana berdepan jadual padat sejak bulan lalu selain perlu melepasi halangan Milan jika mahu melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Inzaghi berkata, ke­dua-dua pasukan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan kelebihan menjelang aksi timbal balik nanti, justeru beliau meminta pemain-pemainnya supaya menampilkan aksi terbaik.

“Ia akan menjadi perlawanan yang amat dinanti-nantikan oleh kedua-dua pasukan. Selepas mengharungi perjalanan yang cukup panjang musim ini, akhir­nya kami berjaya menjejakkan kaki ke pentas separuh akhir.

“Memandangkan kami sudah dapat apa yang diidam-idamkan, sekarang terpulang kepada pemain bagaimana untuk beraksi pada perlawanan itu nanti. Apa yang pasti, kami akan gunakan setiap senjata yang ada,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan, Inter mungkin berdepan masalah dari segi kecergasan memandangkan masih ada beberapa pemain utama yang belum pulih daripada kecederaan dialami.

“Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah dengan bilangan pemain, namun sekarang kami mungkin perlu bergantung dengan pemain sedia ada pada bahagian pertahanan dan sayap. Bagaimana­pun, masih ada masa dan saya akan buat keputusan dengan tenang,” ujar Inzaghi.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI