fbpx

PRN: BN pertimbang rakan sekutu pakai logo dacing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM di Wisma Perwira, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) kini sedang mempertimbang untuk membenarkan rakan sekutu parti itu menggunakan logo dacing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, penggunaan logo dacing itu merupakan strategi pilihan raya yang dilihat boleh memberikan impak yang lebih baik.

“Dalam PRN enam negeri yang akan datang, BN telah memutuskan di peringkat Dewan Tertinggi bahawa kita akan menggunakan logo sendiri.

“Bagaimanapun, apa yang sedang kita pertimbangkan ketika ini ialah ada rakan sekutu yang mahu menggunakan lambang BN di negeri-negeri tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Perwira, di sini hari ini

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya akan memastikan PRN yang akan datang dijadikan sebagai petunjuk sejauh mana sokongan pengundi terhadap BN.

“Daripada situ, kita akan menyusun semula langkah-langkah yang perlu dibuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI