fbpx

Penduduk bantu kutip ribuan ikan keli bertaburan atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bekerjasama menguti ikan keli yang berterabur di atas jalan di Jawa Tengah. - TikTok

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah, Indonesia dirakam membantu mengumpulkan beribu-ribu ikan keli yang bertaburan di atas jalan selepas lori yang membawa muatan itu terbalik akibat kemalangan. 

Menurut laman berita Liputan 6, video kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok @choiiiikayuuu. 

Penduduk kampung dilihat berusaha menyelamatkan ikan keli hidup yang berselerakan di atas jalan sehingga menyebabkan kenderaan lain tidak dapat melaluinya.

Kelihatan sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik di atas jalan, manakala kawasan kejadian turut basah akibat air ikan.

Penduduk membawa penyodok dan pukat ketika membantu pemandu lori itu, bahkan ada yang menangkap ikan keli menggunakan tangan dan memasukkannya ke dalam bakul.

Beberapa individu kelihatan cuba menghalang ikan-ikan keli yang melompat ke arah sawah padi berhampiran lokasi kemalangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tabik hormat kepada warga yang mempunyai toleransi tinggi kerana membantu mereka yang dalam kesusahan,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI