fbpx

[VIDEO] Nik Ezanee pula digelar ‘tall, dark, handsome’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Nik Ezanee ketika mempersembahkan bakat nyanyian di sebuah majlis sambutan Aidilfitri.

PETALING JAYA – Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Juruiring (ADC) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengujakan orang ramai dengan persembahan nyanyiannya di sebuah majlis sambutan Aidilfitri.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pendataan/Analisa di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman.

Perkongsian oleh Fazrinishak di TikTok, jelas menunjukkan beliau berkebolehan berduet menerusi lagu popular bertajuk Mentera Semerah Padi, ciptaan dan nyanyian M.Nasir, sehingga ramai yang teruja dengan sisi berbeza Nik Ezanee itu.

Malah, ada juga yang menggelarnya sebagai ‘tall, dark, handsome’ (tinggi, gelap, kacak) yang sinonim dengan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Bila tengok dia auto ingat KJ, tall, dark, handsome,” komen seorang pengguna.

“Wah, terbaiklah tuan kita ni. Muka tu manis je,” komen Kak Idah.

“Wah, boleh nyanyi rupanya tuan kita. Padu juga suara,” ujar @NeYTa pula.

Perkongsian tersebut telah sebanyak 120,000 jumlah tontonan dan 4,435 tanda suka sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

@fazrinishak Steady tuan @Nik Ezanee Fan’s @nik ezanee menyanyi pon boleh😎👏🏻 #fypdongggggggg #nikezanee ♬ original sound – MKM14

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI