fbpx

LIMA’23: Peniaga diminta tidak naikkan harga secara melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (kiri) menerima cenderamata daripada Pengasas HPA Industries, Ismail Ahmad sempena perasmian kilang roti Radix di Taman Sena Indah, Kangar hari ini.

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga secara keterlaluan sepanjang penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23), tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pihak penguat kuasa KPDN Kedah akan memantau rapat sebarang kenaikan harga secara melampau.

Katanya, pemantauan itu lebih khusus kepada kenaikan harga makanan dan perkhidmatan kereta sewa serta penginapan hotel mahupun inap desa secara keterlaluan.

“Memandangkan LIMA ’23 akan berlangsung pada hujung Mei ini, kita jangka akan berlaku permintaan yang tinggi dan kita harap pemain industri di Langkawi tidak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi dengan sewenang-wenangnya.

“Buat masa ini pun telah ada banyak tempahan hotel dan inap desa dengan permintaan dalam bidang perniagaan itu meningkat tinggi dan pemantauan dilakukan lebih awal sebelum dan sepanjang acara berprestij itu berlangsung,” katanya ketika ditemui di Taman Sena Indah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI