fbpx

Kerjasama NCT, Perkeso sediakan akses lebih baik kepada pencari pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yap Ngan Choy (kiri) bertukar dokumen MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Azman Aziz Mohammed baru-baru ini.

PETALING JAYA – NCT Group of Companies (NCT) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) baru-baru ini sebagai usaha untuk mempromosi peluang pekerjaan dan meningkat pemerolehan bakat dalam masyarakat di negeri Selangor.

Pengasas dan Pengarah Urusan NCT Group, Datuk Seri Yan Ngan Choy berkata, kerjasama itu menunjukkan komitmen syarikat untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membangunkan pekerjaan berkemahiran di negeri tersebut khususnya dalam projek perindustrian berkaitan NCT Smart Industrial Park (NSIP).

Menurut beliau, daripada MoU tersebut, pusat satelit MYFutureJobs akan dibangunkan di NSIP untuk menyediakan akses yang lebih baik kepada pencari pekerjaan di laman portal pekerjaan.

“Untuk memudahkan penggunaan melalui MYFutureJobs, Perkeso akan menyediakan latihan praktikal untuk koordinator kerjaya dan perunding kerjaya bagi mendapatkan pencari pekerjaan melalui beberapa siri pertemuan.

“Selain itu, terdapat beberapa program yang akan disediakan kepada pencari pekerjaan termasuk bengkel kemahiran kebolehpasaran, ceramah kerjaya oleh pemimpin industri, sesi interbiu dan program menyediakan resume,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ngan Choy menjelaskan, melalui kerjasama dengan Perkeso, projek NSIP berharap dapat menawarkan lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan semasa dalam tempoh pembinaan juga selepas ia telah disiapkan.

Dalam masa yang sama, Perkeso akan bekerjasama rapat dengan NCT Group untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang pengetahuan berkaitan keselamatan serta kesihatan pekerja di tempat kerja. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI