fbpx

Donald Trump didapati bersalah cabul kolumnis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump (kiri) didapati melakukan penderaan seksual terhadap Carroll (kanan). – Sky News

BANDAR RAYA NEW YORK – Juri di New York mendapati bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melakukan penderaan seksual terhadap seorang kolumnis majalah di negeri itu dan mengarahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM22.2 juta), lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Trump bagaimanapun tidak disabitkan kesalahan merogol E Jean Carroll di bilik persalinan gedung beli-belah, Bergdorf Goodman.

Juri selain itu turut mendapati bekas presiden tersebut memfitnah Carroll dengan menggelar tuduhan wanita berkenaan sebagai ‘palsu dan penipuan’.

Ia merupakan kali pertama Trump didapati bersalah bagi tuduhan penderaan seksual.

Juri yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita mencapai keputusan itu selepas berbincang kurang tiga jam pada sesi semalam.

“Hari ini, dunia akhirnya mengetahui kebenaran. Kemenangan ini bukan untuk saya, namun untuk setiap wanita yang telah menderita kerana dakwaan mereka tidak dipercayai,” kata Carroll dalam satu kenyataan bertulis.

Trump, yang sebelum ini menolak tuduhan Carroll bagaimanapun tidak hadir ke sesi perbicaraan sivil di mahkamah persekutuan Manhattan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI