fbpx

Dedikasi istimewa pada hari jadi Naeun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAEUN.

BEKAS anggota kumpulan wanita April, Naeun sangat dikenali sebagai seorang yang tidak gemar memuat naik perkembangannya dalam sosial media.

Namun, baru-baru ini, Naeun membuat perkongsian menunjukkan majlis keraian hari lahirnya yang disambut secara kecil-kecilan yang jatuh pada Hari Kanak-Kanak Korea.

Penyanyi wanita itu mendedikasikan penghargaan buat peminat yang memberikan ucapan hari lahir kepadanya.

“Hari lahir saya dihabiskan dengan penuh rasa sayang. Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan hari lahir,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Dalam hantaran yang dibuat, Naeun memuat naik beberapa keping foto parti hari jadi mini yang disambut meriah di kediamannya.

Selain gambar sambutan hari jadi, dia sempat bergambar dengan papan iklan yang memaparkan ucapan pada hari lahirnya di stesen kereta api bawah tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI