fbpx

30 produk terima anugerah MGDA 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Ishak (belakang tengah) bergambar bersama para penerima anugerah pada Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award 2022 dan Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDE) di Hotel Everly, Putrajaya malam tadi.

PUTRAJAYA- Sebanyak 30 produk daripada 18 buah syarikat tempatan serta Indonesia menerima pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022.

Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Husaini Ismail berkata, MGDA merupakan acara tahunan MRM bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua sektor industri tempatan yang cemerlang dalam mengeluarkan produk berkualiti selain mempunyai reka bentuk serta teknologi inovatif.

“Pada tahun 2022, MRM menerima permohonan sebanyak 82 produk daripada pelbagai kategori untuk penilaian dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 produk daripada 18 syarikat menerima pengiktirafan MGDA,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan MGDA 2022 dan penyampaian Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) di sini, semalam.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Isham Ishak.

Pengiktirafan MGDA memberi peluang kepada 13 kategori reka bentuk antaranya produk berasaskan ruang tamu dan bilik tidur; peralatan rumah, dapur dan bilik air, aktiviti masa lapang, hobi dan sukan, perdagangan dan pesta jualan, kraf, seni bina dan persekitaran, industri, kawasan umum dan kenderaan serta media dan barangan elektronik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, reka bentuk yang baik bukan sekadar memberi nilai tambah dan membezakan produk buatan, malah ia akan mencorak trend pembelian pengguna ke atas produk yang dikeluarkan.

Jelasnya, MGDA adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap industri reka bentuk dalam usaha untuk menyokong produk-produk yang mempunyai kualiti dalam aspek reka bentuk serta menjadikannya kriteria penting untuk amalan penghasilan sesebuah produk.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI