fbpx

Tersedak bau asap selamatkan warga emas nyenyak tidur daripada rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEONG Ah Soon melihat keadaan rumahnya yang musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Kerayong Makmur di Bera.

BERA – Seorang warga emas yang sedang nyenyak tidur ketika rumahnya terbakar bernasib baik apabila terselamat selepas tersedak akibat terhidu asap kebakaran rumahnya di Taman Kerayong Makmur di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu menyaksikan rumah teres berkenaan musnah seratus peratus akibat kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur.

Kejadian berkenaan tidak menyebabkan kemalangan jiwa tetapi menyaksikan enam sekeluarga yang mendiami rumah berkenaan kini tinggal sehelai sepinggang.

Cheong Ah Soon, 62, berkata, semasa kejadian dia sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan isterinya keluar rumah mengambil anak dan cucunya yang bersekolah manakala seorang anak lelakinya keluar bekerja.

“Semasa kejadian (semalam), saya tidur di bilik sebab kebetulan cuti dan tiba-tiba saya rasa sesak nafas serta tersedak sebab terhidu bau asap.

“Saya segera bangun dan terdengar bunyi letupan kecil berulang-ulang, sedar-sedar saya tengok ada api di bahagian dapur,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, api marak terlalu cepat menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barang-barang termasuklah barangan berharga dan keluarganya hanya tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Ah Soon, rumah miliknya yang didiami sejak 18 tahun itu kini musnah sepenuhnya dan mereka menumpang sementara di rumah saudara mara berhampiran.

Sementara itu, jiran mangsa, Razi Dollah, 52 berkata, bau asap yang terlalu kuat menyebabkan dia keluar rumah untuk meninjau keadaan sekitar.

“Saya ingat orang bakar sampah, rupanya rumah jiran depan rumah saya terbakar dan saya nampak dia (mangsa) mundar-mandir keluar masuk rumah.

“Saya ajak dia keluar dari rumah itu kerana bimbang api merebak cepat dan mujur bomba datang awal, kalau tak mungkin api merebak ke rumah sebelah pula,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI