fbpx

Tangkis persepsi negatif Anwar penjenayah atau banduan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN AZIZAH mengakui penerbitan filem Anwar: The Untold Story menangkis persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap suaminya, Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui penerbitan filem Anwar: The Untold Story menangkis persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, dalam tempoh 23 tahun suaminya itu ‘dimomokkan’ di mata khalayak sebagai individu bermoral rendah yang juga seorang penjenayah dan banduan.

“Filem ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran sebenar bagaimana perjalanan yang kami lalui suatu ketika dahulu.

“Secara tidak langsung paparan ini juga menangkis persepsi terhadap Anwar bahawa dia adalah seorang penjenayah atau banduan.

“Saya rasa ini adalah tujuan yang ingin disampaikan menerusi filem ini,” katanya pada sidang media selepas tayangan perdana Anwar: The Untold Story, malam tadi.

Dr. Wan Azizah mengiringi Anwar pada sesi tayangan khas filem biopik berkisar liku perjuangan suaminya itu pada majlis yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, di sini.

Menurut Wan Azizah lagi, sepanjang melalui perjalanan hidup mencabar dari dulu hingga kini, beliau hanya berserah kepada Allah.

“Dengan nama Allah, apa saja yang kita lakukan kembalilah kepada-Nya. Insha-Allah,” katanya lagi.

Anwar, The Untold Story berlatarkan peristiwa penting antara tahun 1993 dan 1998 ketika Anwar menggalas amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Berlatarkan Malaysia dan Indonesia sebagai lokasi penggambaran, naskhah sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu menonjolkan peristiwa di sebalik perjuangan Perdana Menteri ke-10 itu serta kekangan dilaluinya dalam menentang amalan rasuah.

Perjuangan yang membuatkan tokoh politik itu ‘disorok’ di dalam tahanan diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar selaku penerbit eksekutif, manakala edaran oleh DMY Creation.

Filem Anwar: The Untold Story menggandingkan pelakon Malaysia, Farid Kamil yang memegang watak utama Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr. Mahathir Mohamad), selain aktres Indonesia iaitu Acha Septriasa (Dr. Wan Azizah).

Digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam sebahagian hidup figura tersebut, Anwar: The Untold Story akan ditayangkan di pawagam seluruh negara, Indonesia dan Brunei mulai 18 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI