fbpx

Geng Perpaduan dilancarkan tawan Undi18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD AKMAL SALEH

MELAKA – Pemuda Parti-parti Gabungan Kerajaan Perpaduan akan melancarkan Geng Perpaduan sebagai platform menyusun strategi menawan pengundi khususnya pengundi automatik 18 tahun (Undi18) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Geng Perpaduan itu akan dilancarkan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Ahad ini.

Menurutnya, penubuhan Geng Perpaduan itu adalah hasil hubungan baik khususnya di peringkat sayap pemuda parti-parti dalam kerajaan perpaduan.

“Ahad ini kita akan lancarkan Geng Perpaduan yang mana kita akan gunakan sayap pemuda parti-parti politik dalam kerajaan perpaduan untuk terlibat dalam gerak kerja PRN akan datang.

“Ini juga akan membuktikan cakap-cakap yang mendakwa kononnya parti-parti dalam kerajaan perpaduan ini goyah, maka ia boleh dibuktikan kerjasama erat dalam kalangan sayap pemuda parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengurusan dan Watikah Lantikan Peserta Kebun Kerang Melaka di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.

Tambahnya, Geng Perpaduan akan dianggotai pemuda daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Jentera Geng Perpaduan ini akan diwakili semua orang muda dalam Kerajaan Perpaduan untuk kita tunjukkan gerak kerja pertama yang kita akan laksanakan di setiap enam negeri PRN.

“Kita jangkakan, pada pelancaran Ahad ini, lebih 2,000 atau 3,000 pemuda Geng Perpaduan akan hadir demi masa depan Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI