fbpx

Cuaca panas: Elak guna air bawah tanah tanpa saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ( kiri) ketika sidang akhbar di Wisma 99 Speedmart Klang hari ini. foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan bekalan air bawah tanah tanpa sebarang kawalan dan saringan dalam memenuhi bekalan air mereka sepanjang musim panas ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini kerana sumber air mungkin mengandungi logam yang tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan.

“Di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kita ada kualiti dan piawai yang telah ditetapkan.

“Cuma ada beberapa kawasan ini, usaha untuk mengambil air bawah tanah dibuat sendiri dan tidak ikut pihak berkuasa. Jadi itu, kita kena pantau.

“Apa terbaik ialah menggunakan bekalan air yang telah mendapat pengiktirafan daripada SPAN. Itu nasihat kerajaan kepada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speedmart, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada terdapat sebarang kuantiti penggunaan air tanah dibenarkan bagi menampung sekiranya berlaku gangguan bekalan air ketika musim panas.

Menurut Nik Nazmi, secara keseluruhan kementeriannya telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka melanda negara sehingga Ogos depan.

Ujarnya, ini termasuk memantau rapat di kawasan yang terkesan akibat cuaca berkenaan terutamanya di negeri di bahagian utara Semenanjung membabitkan isu seperti masalah bekalan air, pembakaran di tanah terbuka dan kebakaran di tanah gambut.

Katanya, SPAN juga telah mengadakan perbincangan dengan operator air di seluruh negara untuk memastikan bekalan air mencukupi bg setiap negeri. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI