fbpx

10 Hutan Simpan Kekal di Johor diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVEN KUMAR (kanan) melihat pameran sambil diperhatikan Salim (kiri) pada Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Hotel KSL, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) telah melengkap dan menyerahkan data serta maklumat berhubung pencerobohan 10 kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Pengarahnya, Datuk Salim Aman berkata, siasatan dibuat mendapati terdapat aktiviti penerokaan yang dilakukan oleh Orang Asli di kawasan luar rizab mereka dipercayai melibatkan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, antara HSK yang paling teruk terjejas ialah melibatkan kawasan di sekitar Bekuk, Segamat.

“Dari segi pencerobohan itu, memang kita ada terutama sekali oleh Orang Asli. Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah bertitah supaya kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya.

“JPNJ telah menjalankan siasatan serta melengkapkan laporan dan data itu telah dikemas kini, ia telah diserahkan kerajaan Negeri untuk mendapatkan hala tuju tindakan yang sepatutnya,” katanya pada sidang akhbar Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, Hutan Simpan Panti Kota Tinggi di KSL Hotel dan Resort, di sini hari ini.

Pada 16 Mac lalu, dalam titah perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Sultan Ibrahim menggesa kerajaan negeri supaya meletakkan semula kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah “Sultanate Land” supaya tidak ada pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

Mengulas lanjut, Salim berkata, selepas isu itu disentuh oleh Sultan Johor, tidak timbul lagi isu kawasan hutan yang diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, pihaknya kini dalam proses memperluaskan kawasan HSK di negeri ini yang kini dianggarkan sebanyak 23 peratus daripada keluasan negeri Johor yang berstatus hutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI