fbpx

Suami isteri hias kubur anak tema Hello Kitty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helsa dan suaminya mengecat kubur bayi mereka dengan warna merah jambu. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia menghias kubur anak mereka dengan tema animasi popular, Hello Kitty, lapor portal berita Wolipop semalam.

Video berkenaan dimuat naik seorang wanita bernama Helsa dalam akaun TikTok @helsaseftini. 

Suami Helsa dirakam mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.

Setelah siap, Helsa menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Maaf, lagi baik kalau tanam rumput dan bunga-bunga kecil sebab kalau tak silap tanaman di atas kubur akan mendoakan si mati,” komen seorang netizen.

Wolipop kemudian menghubungi Helsa, 29, yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat.

Menurut Helsa, video itu dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.

Dia melawat kubur bayinya yang meninggal dunia selepas menjalani pembedahan. 

“Motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan kerana tidak berpeluang menjaganya. Kami fikir kubur ini boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” katanya sayu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI