fbpx

Proklamasi Orang Melayu Tun Mahathir, Bersatu tiada kaitan dengan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali ketika ditemui pada Majlis Bersatu Beraya bersama Media di Wangsa 118, hari ini. Foto oleh M. Firdaus M. Johari/ KOSMO

KUALA LUMPUR – Proklamasi Orang Melayu yang ditandatangani tiga pemimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, ia kerana sokongan yang diberikan tidak mewakili parti, sebaliknya hanya sebagai indivdu.

“Kami tandatangan (proklamasi) itu hanya sebagai individu dan tiada perbicangan mengenai kerusi termasuk kemasukan parti Gerakan Tanah Air (GTA) untuk PRN nanti.

“Kita hanya bercakap mengenai penyatuan Melayu sebab kita nampak Melayu berpecah dari segi petubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik pun banyak,” katanya ketika ditemui Majlis Bersatu Beraya bersama Media di Wangsa 118, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga pemimpin Bersatu turut menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan bekas Perdana Menteri dan Pengerusi GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain Razali, dua lagi pemimpin Bersatu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI