fbpx

PM saran pelaburan KWSP dalam negara dinaikkan kepada 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim merasmikan bangunan baharu KWSP, di Kwasa Damansara. -Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam negara bagi tahun 2023 dinaikkan kepada 70 peratus.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun, pelaburan itu perlu mengambil kira keperluan negara dan rakyat.

“Saya lihat pelaburan KWSP dalam negara terkini iaitu 64 peratus. Saya cuma nak minta Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan supaya pelaburan itu mencecah sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Ia perlu dibuat melihat kepada keperluan negara sekarang dan juga mengambil kira sebahagian rakyat yang maknanya pelaburan itu betul.

“(Contohnya) pelaburan strategik seperti projek infrastruktur PLUS dan Terowong SMART, saya akui berkesan,” katanya pada majlis pelancaran Menara KWSP di Kwasa Damansara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga sudah melalukan perbincang bersama pihak KWSP bagi memberi ruang kepada belia berbanding pelaburan besar.

“Saya dah bincang dengan KWSP untuk cari ruang pendekatan bagi mengajak anak-anak muda dalam perniagaan ‘start-up’ daripada tumpukan kepada pelaburan besar.

“Bezanya saya tak campur urusan pelaburan seperti mana dalam KWSP,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI