fbpx
SELEPAS lumpuh dan tidak punya apa-apa lagi, kini isteri muda lari meninggalkan lelaki yang kini meniti usia senja.- GAMBAR HIASAN

Lelaki curang ditinggal bini muda selepas lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesenangan yang dikecapi tatkala empat anaknya mula pandai berdikari menjadikan seorang bekas usahawan ‘gelap mata’ dan berlaku curang dengan isteri.

Malah, dengan kekayaan dan kedudukan syarikat yang semakin stabil, membuatkan lelaki yang ingin dikenali sebagai Nordin Omar, 59, menjadi perhatian staf-staf wanita.

Dia mengakui situasi itu mencetuskan ‘jiwa muda’ sehingga terjerumus ke kancah cinta bersama gadis berusia 28 tahun.

“Kesenangan membuatkan saya lupa jasa anak-anak dan isteri yang sanggup susah senang dengan saya selama 35 tahun dan tinggalkan mereka begitu sahaja.

“Isteri ketika itu tidak mampu menghalang memandangkan saya sudah tergila-gilakan gadis itu yang pada mulanya hanya menjadi tempat saya meluahkan masalah.

“Bukan saja sering keluar bersama, malah bercuti berdua ke luar negara,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Menurutnya, keadaan tersebut berlarutan dan banyak duitnya dihabiskan sebab wanita itu terlalu banyak ‘permintaan’ yang sukar untuk ditolak sehinggalah mereka berkahwin.

Kongsinya, tahun pertama perkahwinan dengan isteri baharu, dia diuji dengan strok dan lumpuh separuh badan hingga pertuturannya terjejas.

Isteri baharunya itu dikatakan hanya mampu bertahan beberapa hari dan kemudiannya mula menunjukkan ‘belang’ hingga tiada lagi rasa hormat kepada dirinya sebagai suami.

“Saya terpaksa tebalkan muka hubungi kakak di kampung untuk bantu saya uruskan diri kerana kemampuan yang terhad.

“Bekas isteri ada datang melawat di rumah dengan anak-anak, namun hanya seketika. Jelas ia hanya sekadar belas ihsan kerana kami pernah hidup bersama.

“Ini bayaran yang perlu saya tanggung sebab sudah abaikan mereka begitu sahaja semata-mata turutkan nafsu. Saya tak salahkan mereka, cuma berharap mereka boleh terima saya kembali walaupun ia amat mustahil berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN