fbpx

Abu Samah pangku jawatan Ketua Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pegawai kanan kontinjen Kuala Lumpur di Majlis Serah Terima Tugas di IPK Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Deputi Komisioner, Datuk Abu Samah Mohd Nor dilantik sebagai pemangku ketua polis dan pemangku timbalan ketua polis di sini, berkuat kuasa hari ini.

Abu Samah yang juga Ketua Jabatan Cawangan Khas Kuala Lumpur memangku jawatan itu menggantikan pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman yang akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Pahang.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini dengan upacara disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kasim.

Pada majlis sama, berlangsung majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sentul membabitkan Asisten Komisionner Polis, Ahmad Sukarno Mohd Zahari.

Beliau dahulunya Ketua Unit Siasatan Jenayah Persatuan, Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman akan menggantikan Senior Asisten Komissioner, Beh Eng Lai yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kasim berkata, Yahaya merupakan pemimpin yang berpengalaman dalam perkhidmatan PDRM kerana pernah menjawat beberapa jawapan penting dalam pasukan.

“Beliau merupakan pemimpin yang berdedikasi dalam menjalankan tugas, mesra dengan senyuman namun disebalik itu penuh ketegasannya.

“Penghijrahannya ke Kontinjen Pahang sebagai Ketua Polis Pahang adalah bertepatan dengan pengalaman beliau,” katanya ketika berucap di Majlis Serah Terima Tugas di IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Azmi dalam ucapannya berkata, , dirinya turut percaya Abu Samah akan meneruskan agenda dan perancangan yang akan direncanakan demi mencapai tahap prestasi kontinjen yang membanggakan.

“Begitu juga Datin Nurhaidah Jamil, Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinien Kuala Lumpur merupakan penyokong kuat dalam memastikan penyatuan dan menyerikan aktiviti PERKEP yang akan diadakan.

“Saya berharap agar semua warga PDRM Kontinjen Kuala Lumpur memberikan sokongan yang padu kepada Datuk Abu Samah dalam organisasi ini bagi mencapai kecemerlangan organisasi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 15 Mei ini.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor, bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner berkuat kuasa 22 Mei ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI