fbpx

Perdana Menteri lancarkan Proton X90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton mencatat jualan menggalakkan memberi kesan langsung kepada pendapatan Kumpulan DRB-HICOM. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Proton X90 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Model terbaharu itu ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship pada harga bermula RM123,800.

Varian tertinggi iaitu Flagship menawarkan enam tempat duduk manakala tiga varian lain hadir dengan konfigurasi tujuh tempat duduk.

Kesemua varian menggunakan enjin 1.5 TGDi yang dipadankan dengan motor elektrik 48V serta direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon, me­ningkatkan prestasi serta memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar.

Menurut Proton sebelum ini, X90 dida­tangkan dengan tiga ciri ke­selamatan baharu iaitu amaran perlanggaran belakang; amaran trafik palang belakang bagi mengesan kenderaan yang menghampiri semasa mengundur dan maklumat papan tanda lalu lintas. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI