fbpx

EPL: Kane muncul wira Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) meraikan jaringannya dalam kemenangan 1-0 ke atas Palace pada aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi. - AFP

LONDON – Gol tunggal daripada Harry Kane sudah cukup untuk membolehkan Tottenham Hotspur merakam kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Kejayaan itu amat bermakna buat Spurs apabila kembali berada di landasan kemenangan selepas gagal melakukannya dalam empat perlawanan terakhir sejak menewaskan Brighton pada 8 April lalu.

Ia secara tidak langsung kembali menghidupkan peluang Spurs untuk cuba layak ke pentas Liga Juara-Juara meskipun dilihat agak sukar memandangkan aksi musim ini cuma berbaki tiga perlawanan lagi.

Begitupun, kemenangan di Stadium Tottenham Hotspur itu sekurang-kurangnya turut memberikan Spurs peluang untuk merebut slot ke Liga Europa atau Liga Konferensi Eropah selepas ini.

KANE (kanan) menanduk masuk gol tunggal perlawanan menewaskan Palace 1-0 pada aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur sebentar tadi. – AFP

Dalam aksi sebentar tadi, Spurs terpaksa menunggu sehingga masa tambahan separuh masa pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan Kane hasil hantaran lambung daripada Pedro Porro.

Skuad bimbingan Ryan Mason itu berpeluang menggandakan jaringan di separuh masa kedua terutama menerusi percubaan Son Heung-min tetapi berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Palace, Sam Johnstone.

Spurs yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan keenam, masih perlu meningkatkan persembahan mereka jika mahu terus mencatat kemenangan dalam baki tiga aksi terakhir.

Ini kerana Spurs bakal berdepan dua lawan yang mampu menghukum mereka iaitu Aston Villa dan Brentford sebelum bertemu Leeds United yang sedang berjuang untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan Inggeris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI