fbpx

Cuaca panas di Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga kawasan di Pantai Timur Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak dilaporkan mengalami cuaca panas.

Kemas kini status cuaca itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 4.40 petang hari ini.

MetMalaysia berkata, kesemua kawasan itu berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) yang mana suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius.

“Satu kawasan di Sarawak turut berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu di Mukah manakala tiada kawasan terlibat di Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Tambah MetMalaysia, orang boleh boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca harian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI