fbpx

Boy Iman cuba terjun jambatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Boy Iman cuba untuk terjun sebuah jambatan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelakon dan ahli perniagaan Boy Iman untuk cuba terjun sebuah jambatan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Perkara itu tular selepas satu klip video memaparkan situasi melibatkan Norul Iman Abdul Rahman, 43, dimuat naik di Instagram jabatannetizennegara20.

Menerusi video itu, Boy Iman yang dilihat memakai pakaian yang sama ketika menghadiri mahkamah tempoh hari sudah meletakkan sebelah kaki ke atas tembok jambatan berkenaan.

Namun, tindakannya untuk terjun terbantut selepas ditarik seorang lelaki dan menenangkannya.

Terdahulu, Boy Iman terpalit kontroversi dan telah didakwa di mahkamah pada 25 April lalu atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung program festival raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Bagaimanapun, Boy Iman yang didakwa bersama tiga individu lain menafikan dirinya terlibat dan memberitahu dia turut dianiaya.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu sekadar drama.

“Nak terjun, terjun sahaja. Duduk terkangkang lagi kat situ lama-lama buat apa? Drama lah Doraemon ni!,” kata Akil.

“Tak habis lagi ke drama dia ni?, soal euchi.

Selain itu, pengguna media sosial juga sempat berseloroh berhubung kejadian berkenaan.

“Saya ada tangga, nak pinjam ke? Nampak seksa sangat nak lepas tembok tu,” ujar Alin.

“Jangan menyusahkan orang, itu sahaja nak cakap,” jelas diezaa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI