fbpx

Zii Jia ‘buru’ khidmat jurulatih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mendedahkan pasukannya mendapatkan khidmat Tat Meng melalui saluran betul serta profesional dan ia tidak sepatutnya menjadi satu isu.

SELEPAS hampir enam bulan bergerak secara bersendirian, perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya membuat keputusan untuk melantik jurulatih bagi mengendalikan program latihannya.

Bagaimanapun, bekas juara Asia dan Seluruh England (All England) itu menegaskan, keputusan itu dibuat bukan hasil desakan orang ramai, namun inisiatif pasukannya, Team LZJ.

Zii Jia menjelaskan, kakaknya, Lee Zii Yii sudah memulakan rundingan dengan beberapa calon selain mengakui, dia memerlukan khidmat jurulatih dalam kadar segera menjelang saingan kelayakan ke Olimpik.

“Kakak saya sudah ada berjumpa dan berbincang dengan beberapa jurulatih, namun nama belum disahkan. Kita tidak akan beritahu dulu kerana jika sebut nama, mungkin jadi masalah untuk jurulatih berkenaan.

“Saya juga perlu tahu apa perancangan beliau kerana kelayakan Olimpik­ nanti sangat penting,” kata pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.
Untuk rekod, Zii Jia bergerak secara solo tanpa bim­bingan jurulatih selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan pengendali dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.

Dia juga berharap program ‘Road to Gold’ (RTG) sedia memberi bantuan kepadanya, terutama dari segi kejurulatihan sebab Team LZJ memiliki kekurangan dari aspek berkenaan.

“Secara jujur, anda semua boleh tengok pasukan saya kurang dari segi apa, iaitu jurulatih. Memang berharap RTG boleh tolong kami mengenai jurulatih. Setakat ini, hanya jumpa dan bincang sahaja, belum ada pelan,” ujarnya.

Sementara itu, Zii Jia juga tidak menolak kemungkinan untuk melantik Liew Daren yang baru sahaja mengumumkan persaraan minggu lalu sebagai jurulatih baharu sekiranya perbincangan dengan calon-calon lain menemui jalan buntu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI