fbpx

[VIDEO] Suami kongsi video isteri jinakkan buaya besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang wanita sedang menjinakkan buaya.

PETALING JAYA – Seorang wanita mengundang keterujaan ramai selepas videonya ketika menjinakkan seekor buaya bersaiz besar tular di media sosial.

Lelaki yang dipercayai suami wanita tersebut bertindak berkongsi video itu di TikTok, menggunakan nama Mr Habib, yang menunjukkan wanita itu sedang memberikan arahan kepada buaya tersebut.

Apa yang mengejutkan, buaya yang berada di dalam air itu dilihat menuruti arahan yang diberi supaya bergerak ke kanan dengan hanya menunjukkan tangan ke arah tersebut.

Tambah mengejutkan apabila didapati ada seekor lagi buaya yang juga bersaiz besar berada di daratan, berhampiran wanita itu yang kelihatan gembira dengan kerjayanya itu.

“Buaya pun dia arah macam tu ja, lepas ni kalau tak nampak dah content (kandungan) kat TikTok, maknanya aku ada buat salah besar la tu,” selorohnya pada kapsyen.

Perkongsian itu bukan sahaja mengujakan orang ramai malah turut terhibur dengan kebolehan isterinya yang bekerja di Zoo Negara itu.

“Baik-baik, buaya pun dia boleh tundukkan ni pulak kau bang,” usik Rubyatul93.

“Tak berani nak main kan perasaan dia. Silap-silap dia hantar buaya tu ke rumah naya,” komen Zulhaimimiey.

“Macam tu ja dia gula-gulakan buaya tu,” kata seorang lagi pengguna.

Video itu berjaya meraih sebanyak 376,000 jumlah tontonan sejak ia dikongsikan semalam dengan 23,300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@mohdhabibullah01 Buaya pun dia arah macam tu je geng 🥲 lepasni kalau tak nampak dah content kat tiktok ni makna nya aku ada buat salah besar la tu 🤣 @Wawa Todak 🧜🏼‍♀️ ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI