fbpx

Pekerja kilang maut tersepit mesin penarik fiber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tersepit pada mesin tersebut. Foto oleh JBPM Selangor

SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit dalam mesin penarik fiber dalam sebuah kilang di Jalan Kemuning di sini, hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Md. Suruj Ali, 21, yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.06 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal lelaki tersebut tersepit pada mesin penarik fiber ketika sedang bekerja.

“Bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan mangsa daripada mesin tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulfikar memaklumkan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI