fbpx

Mayat lelaki bertatu ditemui terapung di Tasik Bukit Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BAGAN SERAI – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Tasik Bukit Merah, di sini, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, polis daerah Kerian menerima satu panggilan telefon memaklumkan tentang penemuan mayat terapung tersebut.

“Bertindak atas maklumat itu, anggota polis dan bomba Kerian bergerak ke lokasi kejadian dan mendapati mayat terapung dalam keadaan tertiarap, telah menggelembung serta mereput,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Yusri, pemeriksaan lanjut ke atas mayat itu mendapati ia mempunyai tatu di lengan kanan, bahu kanan, bahu kiri dan terdapat tulisan ‘Ushra’ di lengan kanannya.

“Hasil siasatan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tiada perlakuan unsur jenayah. Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Tambahnya, polis meminta kepada orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI