fbpx

Johor terima tempias Singapura naikkan duti setem beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI menyantuni pengamal media Johor yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai, Kulai

JOHOR BAHRU – Langkah kerajaan Singapura menaikkan duti setem beli rumah untuk warga asing mampu memberi impak buat kerajaan negeri dalam mencari jalan penyelesaian menangani isu lebih 6,000 unit kediaman tidak terjual di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, salah satu strategi dengan mengadakan Expo Perumahan Johor yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini bagi menarik pembeli berpotensi dari Singapura.

“Sebanyak 21,000 unit kediaman tidak terjual termasuk berharga RM500,000 ini akan ditawarkan bukan sahaja kepada bangsa Johor, tetapi rakyat negeri lain dan pembeli berpotensi dari Singapura. Ekspo selama empat hari itu melibatkan penjualan rumah daripada pelbagai kategori seperti rumah mampu milik Yang berharga bawah RM150,000 dan rumah mahal Yang berharga RM500,000 ke atas malah ada yang bernilai jutaan ringgit.

“Kita sudah terima 40 pemaju perumahan di Johor untuk terlibat sama dalam ekspo perumahan ini yang akan menjadi antara ekspo perumahan terbesar di Malaysia. Dengan penganjuran ekspo ini, saya yakin akan mengurangkan jualan perumahan tidak terjual di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai di sini, hari ini.

Minggu lalu, Singapura menggandakan kadar cukai bagi warga asing yang membeli hartanah kediaman daripada 30 peratus kepada 60 peratus bertujuan mengelakkan daya apungan susulan permintaan hartanah mewah yang berlebihan daripada pembeli luar negara serta mengekalkan kemampuan memiliki rumah rakyat tempatan.

Bagi warga Singapura yang merancang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya, mereka perlu membayar kadar baharu 30 peratus, berbanding 25 peratus sebelum ini dan kadar 30 peratus itu juga tertakluk kepada penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kediaman kedua mereka.

Mengulas lanjut, Mohd. Jafni berkata, lebih 80 peratus daripada kediaman tidak terjual membabitkan kediaman jenis apartmen servis di kawasan bandar raya Johor Bahru serta di Iskandar Puteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI