fbpx

Dua lelaki bergaduh ‘mulut’ akibat salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan 'mulut' melibatkan dua individu di Pasar Borong Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Satu kejadian perselisihan faham antara dua lelaki dilaporkan di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Menerusi video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial TikTok memperlihatkan sekumpulan lelaki berkumpul serta kelihatan dua atau tiga individu berada di tengah-tengah sedang ‘bergaduh mulut’.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, perselisihan faham itu melibatkan antara pekerja tolak troli ikan yang telah melanggar seorang lelaki bekerja di dalam pasar borong.

“Akibat kemalangan tersebut, berlaku pertelingkahan mulut sahaja antara kedua-dua belah pihak dan tiada sebarang pergaduhan yang mendatangkan kecederaan.

“Kereta peronda polis (MPV) datang meleraikan pergaduhan. Kedua-dua belah pihak hadir ke Balai Polis Sri Murni dan telah berdamai secara baik tanpa sebarang laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah video memaparkan pertelingkahan sekumpulan lelaki dimuat naik seorang pemilik TikTok pukul 10.30 pagi hari ini.

Kejadian itu difahamkan berlaku di belakang Pasar Borong Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI