fbpx

Tujuh kematian akibat rabies di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING: Tujuh kematian dilaporkan daripada sembilan kes jangkitan rabies di Sarawak pada tahun ini, manakala sebanyak 35 daripada 173 sampel haiwan yang diambil dari seluruh Sarawak dikesan positif rabies.

Justeru, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan memastikan anjing masing-masing disuntik dengan vaksin anti-rabies.

“Jika digigit atau dicakar harus ke hospital untuk dapat rawatan segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah sejak 2017, jumlah terkumpul kes mengikut data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) adalah 62 kes rabies pada manusia dengan 55 kematian.

Justeru, Rundi mengingatkan masyarakat agar mengambil perhatian serius untuk wajib dan terus ke hospital terdekat dengan segera sekiranya digigit atau dicakar haiwan kerana penyakit rabies dapat dicegah.

“Sekiranya lambat bertindak dan sudah ada tanda atau simptom rabies, itu sudah terlambat hingga boleh menyebabkan kematian dan saya mohon kerjasama daripada masyarakat untuk bersama-sama banteras rabies di Sarawak,” katanya.

“Setiap pemilik anjing juga diingatkan untuk menyuntik anjing masing-masing dengan vaksin rabies setiap tahun tanpa gagal.

Rundi berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak juga sedang giat melakukan vaksin anti-rabies percuma untuk anjing di pejabat veterinar dan vaksinasi besar-besaran dijalankan secara berkala.

Pada masa sama, beliau berkata Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah memulakan vaksinasi dari kampung ke kampung di sepanjang sempadan dan sebanyak lebih 10,000 ekor anjing telah disuntik anti-rabies setakat ini.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak baru-baru ini mengesahkan seekor anjing hitam liar yang menggigit sembilan orang di sekitar Plaza RH di BDC dan Stutong pada Isnin lalu disahkan positif rabies.

Anjing itu dilaporkan menunjukkan tingkah laku agresif dan dikesan berkeliaran di sekitar pusat komersial 101 ke RH Plaza di kawasan BDC sebelum ditangkap oleh sekumpulan sukarelawan, ‘Save Our Strays’ (SOS) Kuching.

Malah, kakitangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) turut berjaya menangkap dua ekor anjing yang dilaporkan berkeliaran dengan anjing hitam berkenaan di sekitar kawasan RH Plaza dan Jia Jia Court. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI