fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad B-22 sedia ‘gempur’ Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-22 negara berpeluang cerah layak ke separuh akhir andai menang ke atas Thailand esok. - Foto oleh ARDIE PUTRA SUHAIMI / KOSMO!

PHNOM PENH – Jentera serangan skuad bawah 22 (B-22) kebangsaan tidak boleh lagi ‘tumpul’ dihadapan gawang gawang gol dalam usaha melakar keputusan positif apabila menentang Thailand pada aksi kedua Sukan SEA Kemboja 2023 esok.

Penyerang skuad muda Harimau Malaya, Aliff Izwan Yuslan mengakui selain keputusan positif, jumlah jaringan yang besar juga memainkan faktor penting untuk pasukan layak ke peringkat separuh akhir.

“Barisan kejurulatihan banyak memberikan tumpuan buat kami untuk pertajamkan lagi sentuhan penyudah. Situasi ini sangat penting khususnya pada peringkat kumpulan.

“Mengenai sasaran peribadi, sudah tentulah saya mahu membantu pasukan bukan sahaja ke final, tapi meraih pingat emas,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium EDC petang tadi.

Skuad kendalian E. Elavarasan telah memulakan kempen Kumpulan B dengan langkah kanan selepas menewaskan Laos 5-1 pada aksi pertama di Stadium Prince kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI