fbpx

Penghuni campak peti sejuk dari tingkat 23 pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu diserang penduduk selepas membuang peti sejuk dari tingkap rumahnya. - Sanook

BEIJING – Seorang penyewa di Nanjing, China menimbulkan kemarahan orang ramai apabila membuang sebuah peti sejuk dari tingkat 23 bangunan pangsapurinya selepas tuan rumah menaikkan kadar sewa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Tindakan berbahaya itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Kejadian berlaku pada 28 April lalu apabila lelaki tersebut terlibat dalam konfrontasi dengan ejen hartanah mengenai kadar sewa dan notis pengusiran.

Untuk melepaskan kemarahan, lelaki itu membuang sebuah peti sejuk dari tingkap rumahnya. 

Polis kemudian menahan suspek selepas menerima aduan orang ramai.

Apabila penyewa itu dibawa keluar dari bangunan, sekumpulan penduduk tempatan mengepung dan menyerangnya. Mereka menuduhnya melakukan ‘cubaan membunuh’.

“Dia hanya mementingkan dirinya sendiri,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI