fbpx

Orang bujang berisiko sunyi bila usia senja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan bujang berisiko berasa sunyi pada usia emas kerana tidak mempunyai sokongan pasangan dan anak-anak. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Individu yang memilih jalan hidup untuk kekal bujang mempunyai risiko sunyi menjelang usia emas ke­rana tidak mempunyai soko­ngan seperti anak-anak atau pasangan untuk berkongsi masalah.

Pegawai Psikologi Baha­gian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia, Muhammad Firdaus Abu Mansor berkata, perkara berkaitan emosi adalah subjektif kerana ia tertakluk bagaimana seseorang itu menterjemahkannya.

“Ya, individu bujang mungkin berasa sunyi apabila mereka berada pada usia emas atas beberapa faktor seperti hidup seorang diri tanpa pasangan dan anak-anak.

“Keadaan itu terjadi apabila wujudnya pemikiran mereka akan sunyi kerana tiada sesiapa di sisi, semuanya perlu dilakukan sendiri.

“Namun begitu, jika golo­ngan tersebut berfikiran positif, mereka mungkin menjalani hari-hari menua dengan ceria,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau mengulas laporan Kos­mo! yang mendedahkan ramai golongan muda memi­lih untuk hidup bujang berikutan mempunyai kerjaya selesa selain tidak mahu berdepan masalah rumah tangga terma­suk penderaan fizikal.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rasa sunyi adalah subjektif yang mana bukan sahaja individu bujang yang mungkin merasainya, malah mereka yang berkahwin juga berdepan situasi sama.

“Ada juga orang yang sudah berkahwin ada anak-anak, tetapi rasa sunyi. Ini kerana, mereka tidak mendapat perhatian dan perlu hidup bersendirian.

“Pada masa sama, ada orang bujang hidup ceria kerana mempunyai ramai kawan dan keluarga yang memberi soko­ngan,” jelasnya.

Ditanya mengenai kesan jangka panjang peningkatan golongan bujang, Muhammad Firdaus berkata, kadar kelahiran akan menurun pada masa akan datang sekali gus tidak berupaya meningkatkan statistik kependudukan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN