fbpx

Lelaki maut Proton Saga bertembung Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 17 Jalan Temerloh-Bahau di Bera hari ini.

BERA – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Saga dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia di Kilometer 17 Jalan Temerloh-Bahau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu berlaku ketika mangsa Mohd Hairul Ismail,36, dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Bera.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian pemandu Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan rusuk,”katanya di sini hari ini.

Katanya pemandu Perodua Axia mengalami kecederaan ringan manakala seorang kanak-kanak yang berada di tempat duduk belakang kereta Proton Saga tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Bera.

Dalam pada itu beliau berkata kes disiasat mengikiut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan dua hala dan semasa kejadian cuaca baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI