fbpx

KJ calon PM dari DAP hanya pendapat peribadi – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) selepas sesi beramah mesra bersama peniaga di Pasar Besar Teluk Intan, Teluk Intan, hari ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

TELUK INTAN – Kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming, yang mahu calon Perdana Menteri daripada DAP disifatkan hanya pandangan peribadinya, bukan pendirian parti tersebut.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menjelaskan parti tersebut tidak pernah menghalang mana-mana ahlinya mengeluarkan pandangan khususnya isu politik selaras dengan prinsip demokrasi.

“Baik Ahli Parlimen mahupun pemimpin (dalam DAP), mereka bebas untuk memberikan sebarang pendapat peribadi.

“Walau bagaimanapun, setiap daripada mereka itu adalah terikat dengan keputusan parti, jelas. Itu sahaja,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pasar Besar Teluk Intan, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu diminta mengulas cadangan Kian Ming agar bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, menyertai DAP kerana parti itu tiada calon perdana menteri.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memberikan cadangan tersebut ketika sesi temu bual ‘Keluar Sekejap’ bertajuk ‘Kenapa Melayu Tak Suka DAP?’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI