fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hampir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), menerusi Facebook, ribut petir dijangka berlaku di negeri Kedah (Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan seluruh negeri Perak.

Seterusnya, hujan lebat turut melibatkan Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Katanya, cuaca sama bakal melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Turut terlibat menurut kenyataan itu ialah Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak pula, angin kencang diramal sekitar Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Sementara di Sabah, sekitar Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI