fbpx

Buruh langgar sarjan polis terus direman hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) di bawa keluar dari kamar mahkamah selepas direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang buruh kelapa sawit yang ditahan Ahad lalu bagi membantu siasatan melanggar seorang anggota polis wanita sehingga parah, terus ditahan reman sehingga lusa.

Perintah tambahan reman selama tiga hari itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum ini, suspek berusia 51 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan melanggar anggota polis berpangkat sarjan terbabit pada Ahad lalu.

“Dia terus ditahan reman bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap ibu mentuanya pula.

“Sebelum kemalangan tersebut, suspek didakwa telah mengetuk kereta ibu mentua berusia 69 tahun dengan kayu kerana disyaki berang setelah berbalah akibat perebutan harta,” katanya, di sini hari ini.

Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama.

Kosmo! 2 Mei lalu melaporkan Sarjan Marina Ahmad, 36, cedera parah pada bahagian bahu selepas motosikal dinaikinya dirempuh kereta Proton Saga dipandu suspek di Jalan Dato’ Chukai, di sini, pada pukul 11.30 pagi. 30 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI